LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG

Posted by on in 0 Comments

BUMITRA MALAYSIA atau nama penuhnya Persatuan Agensi-agensi Pelancongan Dan  Pengembaraan Bumiputra Malaysia telahpun ditubuhkan pada tahun 1981. Keahlian yang sebelum ini hanya terdiri daripada 40 syarikat pengusaha pelancongan kini telahpun berkembang pesat dan mempunyai keahlian hampir 450 syarikat pengusaha pelancongan bumiputera. Kami amat mengalu-alukan syarikat tuan / puan untuk menyertai persatuan agar ia boleh dijadikan sebagai platform yang terbaik untuk memartabatkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi negara terutamanya dalam industri pelancongan ini.

APAKAH ITU BUMITRA MALAYSIA?

BUMITRA MALAYSIA adalah singkatan bagi Persatuan Agensi-agensi Pelancongan Dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia. Keahlian bagi Persatuan ini adalah 100% dimiliki oleh bumiputera.

DIMANAKAH BUMITRA MALAYSIA BEROPERASI?BUMITRA MALAYSIA ini beroperasi penuh di – 43-3, Tingkat 3, Blok F, Platinum Walk, Danau Kota,  No: 2, Jalan Langkawi, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *