manifesto PDF Print E-mail
Manifesto Bumitra

Manifesto Jawatankuasa 2006/2008 bertujuan menentukan hala tuju Persatuan dengan berpegang teguh kepada prinsip asas Persatuan yakni menyatukan pengusaha-pengusaha
bumiputra, memupuk ikatan kerjasama yang erat dikalangan ahli serta mengukuhkan kedudukan Persatuan dan ahli-ahlinya
dalam industri pelancongan global.

 

Manifesto Jawatankuasa 2006/2008 adalah seperti berikut :

  1. Perlembagaan
    I. Mengharapkan dasar dan matlamat Persatuan supaya lebih jelas ;
    II. Melaksanakan dasar dan matlamat Persatuan dengan lebih cekap dan berkesan ;
    III. Merealisasikan hasrat dan matlamat Persatuan seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan

  2. Stuktur Pentadbiran
    I. Mengemaskini struktur pentadbiran dan pengurusan supaya lebih telus, mapan dan berkesan ;
    II. Mengamalkan dasar keterbukaan dalam melaksana dan menangani perkara-perkara yang menyentuh kepentingan mahu pun mendatangkan kesan keatas Persatuan dan ahli-ahli ;

  3. Keahlian
    I. Memupuk kerjasama, saling mempercayai dan semangat keahlian di kalangan ahli-ahli Persatuan ;
    II. Menarik dan meningkatkan lagi jumlah keahlian dari seluruh negara.

  4. Pengiktirafan Ke Atas Persatuan
    I. Mengangkat kedudukan dan martabat Persatuan ke tahap yang lebih tinggi serta diiktiraf fungsinya sebagai nadi kepada pengusaha bumiputra baik oleh pihak pelancongan awam dan swasta, tempatan mahupun di peringkat antarabangsa ;
    II. Meletakkan Persatuan sebagai pusat rujukan pengusaha-pengusaha bumiputra untuk maju dan berkembang dalam industri pelancongan ;
    III. Menjadikan Persatuan sebagai pusat unggul mengumpul dan menyuarakan hasrat dan pandangan pengusaha-pengusaha bumiputra ;
    IV. Menjadikan Persatuan sebagai pusat perikatan atau persekutuan pengusaha-pengusaha bumiputra
    V. Meneliti peluang dan meningkatkan penyertaan pengusaha-pengusaha bumiputra dalam aktiviti-aktiviti pelancongan diperingkat tempatan mahu pun antarabangsa ;

  5. Kebajikan
    I. Memelihara kebajikan-kebajikan ahli ;
    II. Mengagihkan peluang-peluang secara samarata di antara ahli-ahli;
    III. Meningkatkan interaksi dan hubungan antara sesama ahli melalui aktiviti-aktiviti menarik seperti sukan, forum seminar dan sebagainya ;
    IV. Mencari peluang baru yang dapat memberi dan meningkatkan sumber pendapatan kepada ahli-ahli ;
    V. Menyediakan maklumat terkini mengenai industri pelancongan kepada ahli-ahli ;
    VI. Membantu ahli-ahli mendapatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan institusi-institusi kewangan tempatan ;
    VII. Menganjurkan program dan latihan industri demi melahirkan usahawan bumiputra yang berdaya saing dan berdaya maju di peringkat global.

  6. Usaha sama
    I. Menganjurkan usaha sama dengan agensi-agensi yang berkaitan baik di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa yang dapat memberi faedah kepada Persatuan dan juga ahli-ahli ;
    II. Menganjurkan usaha sama di antara ahli demi memupuk kerjasama dan penyertaan ahli dan seterusnya meningkatkan pendapatan ahli dalam industri pelancongan ;

PERANCANGAN STRATEGIK

1. Pengetahuan
Meningkatkan keupayaan dan kepakaran ahli-ahli dalam ;
I. Pentadbiran dan pengurusan
II. Perniagaan
III. Teknologi

 
< Prev   Next >

 Aug   Sep 2010   Oct

SMTWTFS
   1  2  3  4
  5  6  7  8  91011
12131415161718
19202122232425
2627282930 
VLSI ESL
Biro-Biro
Forum
Bumitra Directory
Internal Email
Guest Book
Currency Converter
World Prayer Time
World Map

You are visitor number:

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday27
mod_vvisit_counterYesterday62
mod_vvisit_counterThis week575
mod_vvisit_counterThis month347
mod_vvisit_counterAll39501