| |  | Pelan Untuk Membantu Bumiputera
Kementerian Pelancongan akan menyediakan pelan lengkap strategi membantu usahawan bumiputera yang menceburi perniagaan berkaitan pelancongan hingga mencapai tahap 30 peratus daripada keseluruhan nilai industri itu.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau telah melantik kumpulan pemikir khas yang akan bertanggungjawab mencari pendekatan bagi menarik lebih ramai usahawan Melayu sama ada di bandar atau luar bandar menyertai sektor itu yang dijangka menjana pendapatan RM30 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
MAKLUMAT PENTING DARIPADA BIRO OUTBOUND
Kementerian Pelancongan MAKASAR TIME 2006 - 18 HINGGA 21 OGOS 2006
Dimaklumkan bahawa satu Fam Trip ke Makasar Time 2006 akan diadakan pada 18 hingga 21 Ogos 2006 nanti. Kepada semua Ahli BUMITRA MALAYSIA yang berminat sila berhubung terus dengan Sekretariat BUMITRA MALAYSIA untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Ogos 2006
MAKLUMAT PENTING DARIPADA KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA DAN JUGA LEMBAGA TABUNG HAJI MALAYSIA
AIR ZAM-ZAM TIDAK SEPATUTNYA DIJUAL SECARA KOMERSIAL
Sukacita dimaklumkan bahawa Semua Agensi Pelancongan yang menguruskan Pakej Haji & Umrah diingatkan agar tidak menjual air zam-zam, walau dengan apa harga sekalipun memandangkan ia bukan untuk dijual dan hanya sekadar untuk minuman bagi mendapat keberkatan mengikut niat masing-masing sepertimana yang telah disabdakan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w |
|
|
|
|