President Speech PDF Print E-mail

 

 

TUAN SYED MOHD RAZIF SYED YASIN

 

 

 

Bismillahirrahmanirrahim

 

    Assalammualikum dan salam sejahtera buat semua ahli-ahli BUMITRA MALAYSIA yang dihormati sekalian.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi dapat bersua di Majlis Mesyuarat Agung Tahunan BUMITRA MALAYSIA kali ke 26.  Saya amat berharap agar mesyuarat ini dapat meningkatkan kemesraan antara ahli–ahli selain boleh bertukar pandangan dan isu terkini sektor pelancongan.

 

    Dalam setahun kebelakangan ini, terlalu banyak saingan yang datang dari pelbagai arah untuk mempromosi dan menjual produk serta pakej berkaitan pelancongan ‘inbound’, ’outbound’ dan ‘ticketing’. Selain menjual tiket-tiket pengangkutan termasuklah udara, laut dan darat mahupun pakej-pakej pelancongan didalam dan luar negara, pada masa kini boleh dikatakan semua operator-operator pelancongan utama telah mempunyai kemudahan untuk membuat tempahan secara ‘On-line’. Selain itu, negara–negara jiran serantau kita juga dengan agresifnya memasarkan produk-produk serta acara-acara pelancongan. Contohnya pada tahun ini Singapura dan Indonesia juga mengadakan tahun melawat negara masing-masing untuk menarik lebih ramai lagi pelancong masuk ke negara mereka.

 

    Ini sebenarnya merupakan satu persaingan global untuk kita hadapi pada masa kini. Ianya memerlukan semangat jati diri yang kuat disamping jalinan kerjasama yang kukuh sesama kita didalam industri ini. Disinilah perlu adanya pengetahuan, pengalaman serta satu sikap yang dinamik untuk kita terus bertahan dan kekal didalam peniagaan. ‘Smart Partnership’ antara syarikat sangat digalakkan supaya kita dapat membantu memasarkan produk-produk yang menarik dan berkualiti untuk pasaran domestik mahupun antarabangsa.

Di dalam pada itu, adalah menjadi tanggungjawab persatuan membantu ahli-ahli untuk meneruskan dan mengembangkan perniagaan mereka. Bantuan-bantuan yang diberikan adalah dengan mengadakan latihan-latihan dan seminar-seminar untuk membuka minda ahli-ahli dengan mencari serta menanamkan idea-idea bernas bersama rakan-rakan industri dari dalam dan luar negara. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua ahli-ahli BUMITRA MALAYSIA supaya membabitkan diri dalam semua aktiviti-aktiviti anjuran persatuan yang akan diadakan kelak.

 

    Harapan saya, marilah kita bersama-sama menguatkan semangat serta menyematkan azam yang tinggi bagi kita menghadapi persaingan global industri pelancongan yang hebat ini. Sokongan antara satu sama lain boleh membantu dan memanfaatkan segala peluang yang ada. Moga BUMITRA MALAYSIA terus maju seiring dengan kepesatan negara.

 

Sekian, Terima Kasih.


 
< Prev   Next >

 Aug   Sep 2010   Oct

SMTWTFS
   1  2  3  4
  5  6  7  8  91011
12131415161718
19202122232425
2627282930 
ASIC Resources
Biro-Biro
Forum
Bumitra Directory
Internal Email
Guest Book
Currency Converter
World Prayer Time
World Map

You are visitor number:

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday26
mod_vvisit_counterYesterday62
mod_vvisit_counterThis week574
mod_vvisit_counterThis month346
mod_vvisit_counterAll39499