Sertai Persatuan Kami

Keahlian yang sebelum ini hanya terdiri daripada 40 syarikat pengusaha pelancongan kini telahpun berkembang pesat dan mempunyai keahlian hampir 600 syarikat pengusaha pelancongan bumiputera. Kami amat mengalu-alukan syarikat tuan / puan untuk menyertai persatuan agar ia boleh dijadikan sebagai platform yang terbaik untuk memartabatkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi negara terutamanya dalam industri pelancongan ini.

Sertai Sekarang

APAKAH JENIS-JENIS KEAHLIAN BUMITRA MALAYSIA?

Keahlian BUMITRA MALAYSIA adalah terbahagi kepada empat (4) jenis iaitu:

  • Biasa

    Ahli Biasa

    Ahli Biasa adalah terdiri dari Agensi-agensi Pengembaraan atau Operator Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia dan keseluruhan ekuitinya dimiliki 100% oleh kaum bumiputera.

  • Bersekutu

    Ahli Bersekutu

    Ahli Bersekutu adalah terbuka kepada mana-mana badan perniagaan yang bukan Agensi Pengembaraan atau operator pelancongan dan perniagaan tersebut berhubung kait atau tergolong dalam industri pelancongan dan keseluruhan ekuiti dimiliki oleh 100% oleh kaum bumiputera.

  • Gabungan

    Ahli Gabungan

    Ahli Gabungan adalah terbuka kepada Persatuan-persatuan bumiputera yang berhubung kait dengan industri pengembaraan dan pelancongan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

  • Cawangan

    Ahli Cawangan

    Keahlian Cawangan terbuka kepada Cawangan-cawangan Ahli Biasa dan Cawangan-cawangan tersebut telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. Cawangan-cawangan tersebut juga mestilah dimiliki oleh 100% oleh kaum bumiputera.

40
Jumlah Keahlian
5
Pengalaman Persatuan
2
Jumlah AJK

Dengan Kerjasama

Anda Mempunyai Apa-Apa Persoalan ?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai persatuan ini