KEAHLIAN

APAKAH JENIS-JENIS KEAHLIAN BUMITRA MALAYSIA?

Keahlian BUMITRA MALAYSIA adalah terbahagi kepada empat (4) jenis iaitu:

  • Biasa

    Ahli Biasa

    Ahli Biasa adalah terdiri dari Agensi-agensi Pengembaraan atau Operator Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia dan keseluruhan ekuitinya dimiliki 100% oleh kaum bumiputera.

  • Bersekutu

    Ahli Bersekutu

    Ahli Bersekutu adalah terbuka kepada mana-mana badan perniagaan yang bukan Agensi Pengembaraan atau operator pelancongan dan perniagaan tersebut berhubung kait atau tergolong dalam industri pelancongan dan keseluruhan ekuiti dimiliki oleh 100% oleh kaum bumiputera.

  • Gabungan

    Ahli Gabungan

    Ahli Gabungan adalah terbuka kepada Persatuan-persatuan bumiputera yang berhubung kait dengan industri pengembaraan dan pelancongan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

  • Cawangan

    Ahli Cawangan

    Keahlian Cawangan terbuka kepada Cawangan-cawangan Ahli Biasa dan Cawangan-cawangan tersebut telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. Cawangan-cawangan tersebut juga mestilah dimiliki oleh 100% oleh kaum bumiputera.

APAKAH KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI BUMITRA MALAYSIA

  1. Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia
  2. Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kewangan Malaysia
  3. Mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Airlines & FIREFLY
  4. Mendapat Pengiktirafan daripada AIRASIA
  5. Mendapat pengiktirafan daripada MALINDO
  6. Mendapat pengiktirafan daripada JAWHAR
  7. Mendapat pengiktirafan daripada Tabung Haji
  8. Maklumat terkini yang diperolehi daripada Jabatan dan Kementerian di atas akan disalurkan terus kepada ahli-ahli melalui emel dan juga facsimile.
  9. Pelbagai Taklimat Produk daripada Ground Handler luar negara antaranya daripada Arab Saudi, Uzbekistan, Jepun, China, India, Cairo, Egypt, Morocco, Indonesia dll
  10. Pelbagai aktiviti yang menarik untuk ahli-ahli antaranya Fam Trip, aktiviti sosial seperti pertandingan bowling, futsal, majlis makan malam, hari keluarga dan lain-lain.
  11. Pemberian “After-Flown Incentive Scheme” (AFIS) khas untuk ahli-ahli BUMITRA MALAYSIA