Misi & Visi

Misi & Visi

 

Asas-asas dan Misi penubuhan adalah untuk meningkatkan penglibatan ahli-ahli BUMITRA MALAYSIA yang terdiri daripada 100% bumiputera di dalam industri pelancongan bagi memperbaiki ekonomi mereka di samping melahirkan pengusaha-pengusaha baru supaya terus memainkan peranan dalam industri ini untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Tujuan-tujuan (Misi) pula digariskan seperti berikut:

a) Menyatukan semua golongan bumiputera yang giat di bidang Pelancongan dan Pengembaraan di seluruh Malaysia.

b) Memupuk mutu pengetahuan teknik yang tinggi serta minta yang mendalam dan disiplin di kalangan ahli-ahlinya bagi mencapai kemajuan serta kejayaan dalam bidang Pelancongan dan Pengembaraan.

c) Menjaga, membantu dan melindungi ahli-ahli BUMITRA MALAYSIA di dalam kontek pelaksanaan Dasar Ekonomi Negara dalam menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan.

d) Mengembangkan rasa tanggungjawab di kalangan ahli-ahlinya

e) Berhubung, bekerjasama dan bergabung jika perlu dengan mana-mana dewan perniagaan atau badan yang sah di Malaysia.

f) Melantik wakil-wakil pada bila-bila masa yang diperlukan untuk berunding dengan Jabatan-jabatan Kerajaan pusat dan negeri serta badan-badan Berkanun bagi memajukan kepentingan semua ahli BUMITRA MALAYSIA.